Tuesday, September 23, 2008

lara hatiku

Wataniah

Suasana di kampung itu kelihatan tenang dengan bunyi deruan ombak yang mengusik kalbu.Anisha termenung di jendela rumahnya sambil mengelamun.Kehadiran ibunya disisi tidak diendahkan olehnya.Dia sedang jauh mengelamun mengingati kekasih hatinya yang sedang menuntut di Madinah.Dia terkenang-kenang saat terakhir pertemuan kekasihnya yang mengundang seribu titisan air mata yang tidak dapat di bendung lagi.Rasa rindu yang semakin mencengkam hati.
Nisha kenapa kamu termenung ni...
Tak ada apa-apa ibu,Nisha cuma melihat pemandangan pantai je,bu..
Ibu,papa dah balik?
Dah.Keputusan peperiksaan bulan ogos dah keluar?
Sudah keluar ibu.Nisha boleh nombor 18.
Nisha!nombor 18 tidak memandai.Tengok jiran sebelah kite tu,anak dia selalu dapat
3.Nisha kena dapat lebih dari tu.
Baik,bu.
Walaupun Nisha kadang-kadang tidak menyukai sikap ibunya yang suka membandingkan
dirinya dengan orang lain tapi dia tetap taat akan perintah ibunya.Ibunya tidak mengetahui dia sedang bercinta.Kalau ibunya tahu sudah pasti ibunya akan mengurungnya didalam bilik stor berhari-hari lamanya tanpa makan dan minum.Dia sendiri kadang-kadang pernah berfikir kenapa ibunya selalu menyiksanya tidak seperti adiknya yang dibiarkan bergaul bebas.Tiba-tiba Nisha terasa bahunya di tepuk dari belakang ketika itu dia sudah berada di luar rumah terus memandang ke arah laut.
Ah,abang.Ingat siapa tadi.
Kenapa adik abang ni termenung je dari tadi?
Tak adalah abang.Bila abang balik?

No comments: